Antioksidan dan Kesihatan Anda
Apakah Antioksidan?
Antioksidan merupakan sebutan untuk zat yang berfungsi melindungi tubuh dari serangan radikal bebas. ANTIOKSIDAN adalah bahan yang dikenal pasti dapat menghapus atau melemahkan radikal bebas dengan mendermakan satu elektron atau mendermakan satu elektron kepada radikal bebas.
Antioksidan melakukan semua itu dengan cara menekan kerosakan sel yang terjadi akibat proses oksidasi radikal bebas. Secara alami, zat ini sangat besar peranannya pada manusia untuk mencegah terjadinya penyakit Radikal bebas ialah bendasing yang wujud didalam sel-sel badan kita disebabkan oleh proses pengoksidanan semasa sel-sel badan kita menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga.
Radikal bebas juga terhasil disebabkan oleh cara kehidupan yang tidak sihat dan terdedah kepada persekitaran yang tidak bersih seperti pemakanan tidak seimbang (Makanan berlemak, bergoreng, hangus), Bahan Kimia Toksik (Racun Serangga, dll), asap rokok, bahan awet, tekanan emosi (stress) dan sebagainya.
Lama-kelamaan radikal bebas ini akan wujud secara berlebihan didalam badan kita yang akan membentuk toksid dan tanpa disedari memulakan tindak balas berantai secara mutasi yang akan memudaratkan sel-sel lain. Radikal bebas yang tidak terkawal ini akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik dinataranya kanser, jantung, pereputan tulang, sakit sendi, alzheimer(nyanyuk), strok dan lain-lain lagi.
Untuk melawan radikal bebas ini, kita memerlukan ANTI-OKSIDAN.
Antioksidan menstabilkan radikal bebas, hasil sampingan proses penjanaan tenaga oleh badan kita. Radikal bebas boleh merosakkan sel tubuh. Tubuh kita tidak mengeluarkan antioksidan, ia memerlukan pelbagai jenis antioksidan yang terkandung dalam makanan untuk membantunya meneutralkan radikal bebas.
Para penyelidik antarabangsa telah membuat kajian ke atas lebih dari 1,000 makanan untuk menentukan tahap kandungan antioksidan di dalamnya. Mendahului senarai ialah acaiberi, blueberi, blackberi, walnut, strawberi, cranberi, raspberi, elderberi, bunga cengkih kisar, delima dan anggur merah.
Kesemua makanan tadi mengandungi antioksidan dari jenis yang berbeza.
Memilih hanya satu makanan yang kaya dengan antioksidan tidak dapat
membantu anda untuk kekal sihat. Anda perlu memakan beberapa jenis untuk mendapatkan pelbagai jenis antioksidan.